Saturday, July 18, 2009

EDIBLE GARDEN


Saujana's Edible Garden adalah satu kawasan dimana sayur-sayuran yang boleh dimakan ditanam di kawasan ini.
Edible Garden bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan kawasan lapang yang terdapat di kawasan desasiswa Saujana dengan bijak.
Selain itu, penanaman sayuran di kawasan tersebut adalah bertujuan untuk menghijaukan kawasan yang ada. Sayuran yang berjaya ditanam akan dijual pada pengusaha kafe Desasiswa Saujana pada masa akan datang. Kawasan penanaman sayuran tersebut adalah berhampiran dengan perhentian bas dihadapan Kafe Saujana Restu.
Antara aktiviti yang kami jalankan adalah menanam sayuran, menyiram, dan lain-lain yang berkaitan.
Seramai 17 orang ahli Eco Desa Saujana yang terlibat dalam unit Edible Garden iaitu:

1. Noor Khadijah Bt Ahmad Iffandy
2. Nur Fatihah Bt Alias
3. Nur Ain bt Ab.Rahman
4. Norfaizah Bt Ahmad
5. Madihah bt Ahmad
6. Norizan Bt Mohd Nasir
7. Basyirah Afifah bt Ab.Razak
8. Nurehan Azila Bt Abdul Malek
9. Siti Rohayu bt che Mansur
10. Rozi Nuraika Bt Ramli
11. Syamimi bt A.Rahim

Antara sayuran yang telah ditanam adalah :
1. Serai
2. Cili
3. Kunyit
4. Sawi mesir
5. Bayam
6. Betik
7. Kucai

Pada masa hadapan, kami akan cuba memperluaskan kawasan tanaman yang sedia ada. Diharap semua penghuni Saujana dapat memberi sokongan terhadap Projek Eco-Desa dan unit Edible Garden. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment