ANJURAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MAJLIS PENGHUNI DESASISWA SAUJANA (MPDS)
DENGAN KERJASAMA
PUSAT KEPAKARAN SERANTAU (RCE-PENANG@USM)
SEKRETARIAT KAMPUS SEJAHTERA
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (PPKEE)
PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT
PUSAT PENDIDIKAN, LATIHAN DAN PENYELIDIKAN TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA (CETREE)
JABATAN PEMBANGUNAN
ECO - DESA SAUJANA
Perlaksanaan projek Eco-Desa: Saujana ini adalah melibatkan dua fasa utama; iaitu, mewujudkan kesedaran terhadap kelestarian hidup dan menaiktaraf prasarana sediada di Desasiswa Saujana. Suasana hidup yang lestari mustahil dilihat sekiranya tiada kesedaran dari dalam diri individu, kesedaran tidak akan lahir tanpa kefahaman dan kefahaman tidak akan subur tanpa pengetahuan. Justeru, pengetahuan asas yang mendalam akan cuba disalurkan menerusi setiap aktiviti yang telah direncanakan dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang mulia dalam diri mahasiswa mengenai konsep pembangunan lestari. Hasrat ini seiring dengan matlamat serta halatuju Kerajaan dan Universiti, merujuk kepada teras keempat Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), terdapat beberapa dimensi yang boleh dijadikan fokus utama dalam meningkatkan tahap dan kelestarian kualiti hidup, antaranya; meningkatkan taraf kesihatan, menggalakkan penjagaan alam sekitar, memperkaya kebudayaan, kesenian, dan warisan, dan membangunkan budaya kesukanan disamping memajukan sektor ekonomi.
Justeru, kami MPDS USM seiring dengan matlamat serta halatuju Kerajaan dan Universiti dalam mengupayakan belia pada masa hadapan untuk terus memperjuangkan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari ini bagi menghasilkan individu yang lestari selamanya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggerakkan USM untuk menjadi peneraju aktiviti-aktiviti kesedaran tentang Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari sejajar dengan Universiti APEX.
2.2 Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari dan kecekapan tenaga yang menyeluruh kepada seluruh penghuni dan warga kampus.
2.3 Membudayakan persekitaran yang lestari dari semua sudut; ekonomi, sosial dan alam sekitar serta mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tidak lestari di Desasiswa Saujana.
2.4 Memperkasakan kebajikan penghuni Desasiswa Saujana melalui penjanaan kewangan daripada pengurangan penggunaan tenaga elektrik.
2.5 Memartabatkan Desasiswa Saujana sebagai Desasiswa Lestari.