Monday, April 5, 2010

program di Ipoh bersama Dr Lee




healthy campus is having a trip to ipoh,
this friday,
gather at tapak palapes on 645am,
we reach usm again on 5pm.
free of charge for the transport but lunch wil drop by on the way..
we are going to visit an environmental friendly soap factory.
We will learn the process and machine on making the soap,
and have sharing and talk on environmental issue, and also ORGANIC issue!!!
inviting u all especially friends
from ECO DESA,
i really love if u all can join

regards ,
Dr Lee Lik Ming,
Kampus Sejahtera.

sesiapa nak join sila bagi nama pada Raihana Zulkifli.

polistrerina = tidak!!

Hentikan Penggunaan Bekas Makanan Polisterina.

KUALA LUMPUR: Budaya menggunakan pinggan mangkuk pakai buang perlu dihentikan terutama dalam majlis anjuran kerajaan berikutan bahan itu sukar dilupuskan serta merugikan untuk jangka panjang.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, budaya pakai buang menggunakan pinggan mangkuk polisterin kini menjadi trend dalam masyarakat Malaysia.

Katanya, rata-rata dalam majlis kenduri termasuk majlis perkahwinan kini menggunakan pinggan mangkuk pakai buang berikutan penggunaan lebih mudah dan tidak perlu dibasuh.

Namun, katanya, untuk tempoh jangka panjang penggunaan bahan polisterin termasuk beg plastik merugikan kerajaan berikutan pengurusan pelupusan bahan berkenaan membabitkan kos tinggi kerana ia tidak mampu dilupuskan dan dikitar semula.

“Bagi menggalakkan masyarakat tidak menggunakan bahan itu, kempen dipertingkatkan di semua peringkat akar umbi sebagai langkah permulaan dalam semua majlis dan dilarang menggunakan bahan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Fomca sendiri sudah menghentikan penggunaan pinggan mangkuk pakai buang dalam setiap majlis yang dianjurkan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Katanya, masyarakat disaran menggunakan alternatif lain seperti pinggan mangkuk pakai buang yang diperbuat daripada ubi kayu.

“Walaupun harga bahan berkenaan agak mahal, tetapi jika menerima banyak permintaan kos pengeluaran boleh dikurangkan.

“Jika lebih banyak penggunaan bahan alternatif harga produk berkenaan itu dapat dijual dengan lebih murah secara tak langsung memberi tekanan kepada pengeluar supaya mereka tidak lagi memberi alasan produk alternatif kurang laku,” katanya.

dipetik daripada myMetro [3.4.10]