Thursday, July 9, 2009

EAT REWARD

Unit Eat-Reward telah ditubuhkan untuk memberi kesedaran serta menggalakkan penghuni Desasiswa Saujana menikmati hidangan mereka di kafeteria atau hanya menggunakan bekas makanan dan minuman mereka sendiri.

Sukarelawan-sukarelawan Unit Eat-Reward:
· Emma Zulaika Jumari (Ketua Unit)
· Siti Salwa Syazwani Bt Ibrahim (Penolong Ketua Unit)
· Nurdiyana Binti Ahmad Tarmizi
· Afini Binti Razani

Objektif:
· Memberi kesedaran tentang kesan pengunaan plastik yang merbahaya kepada manusia.
· Secara tidak lansung dapat mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.
· Menggalakan pelanggan supaya menjamu selera di kafeteria atau membawa bekas makanan dan minuman sendiri.
· Mempromosikan kafeteria Desasiswa Saujana serta membantu mereka dalam mengurangkan kos perbelanjaan.

Program ini terbuka kepada semua warga Universiti Sains Malaysia bukan terhad kepada penghuni Desasiswa Saujana sahaja. Antara kafeteria-kafeteria yang terlibat ialah:


· Bayu Cafe
· Joe Beverage Cafe
· Soliehin Cafe
· Akmal Nasi Campur Ala Cina

Pelan Pelaksanaan:

1. Pelanggan akan dibekalkan dengan kupon untuk setiap kafeteria. Kupon-kupon juga boleh didapati di pejabat Desasiswa Saujana.
2. Mereka perlu mendapatkan 20 cop untuk setiap kupon dari kafeteria yang sama. Hanya pelanggan yang menjamu selera di kafeteria atau bungkus menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri sahaja yang akan diberikan cop.
· Harga minimum makanan = RM 2.50
· Harga minimum minuman = RM 1.00

3. Selepas berjaya mengumpulkan 20 cop pelanggan boleh menukar kepada baucar di pejabat Desasiswa Saujana.
· Baucar makanan = RM3.00
· Baucar minuman = RM1.00
4. Baucar tersebut hanya boleh ditebus di kafeteria yang sama.

Hal-hal lain:
· Minuman yang dibeli dalam botol dan tin perlu dikembalikan ke kafeteria untuk mendapatkan cop.
· Minuman dalam kotak tidak akan dapat cop.
· Buah-buahan yang diletak dalam bekas sendiri akan diberikan cop.
· Pelanggan diberi pilihan samada untuk menebus minuman atau buah-buahan.
· Sekiranya jumlah harga melebihi kadar baucar pelanggan perlu menambah nilai
yang tidak cukup.
· Baucar tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.


No comments:

Post a Comment